Muhammad Rasulullah |
Lebih kurang tiga tahun ( Rasulullah s.aw menerima secara sulit secara perseorangan, turunlah pula ayat-ayat yang memerintahnya supaya berterus-terang kepada umum dan memberi ingatan ( amaran ) kepada kaum keluarganya yang di Mekah sebagaimana ayat ini :
فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
Dan
وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ, وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ, فَإِنْ عَصَوْكَ فَقُلْ إِنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تَعْمَلُونَ
Ertinya : Dan hendaklah engkau ( Wahai Muhammad ) merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman, Kemudian jika mereka berlaku ingkar maka katakanlah " Sesungguhnya aku tidak bertanggungjawab terhadap apa yang kamu kerjakan". [ Ash-Shua'ra', 214 - 216 ]
Maka dengan turunnya ayat-ayat ini Rasulullah s.a.w pun menyerulah kaum-kaumnya secara terang-terangan tanpa mempedulikan sesuatu. Sebagai kesan kepada seruan-seruan tersebut maka bertambahlah bilangan penganut agama Islam dan orang-orang Quraisy yang keras kepala mulailah memusuhi Islam dan penganut-penganutnya. Walaubagaimanapun seruan Nabi Muhammad s.a.w terus menerus mendapat kejayaan. Akhirnya orang-orang Quraisy bertindak menyiksa pengikut-pengikut Islam yang terdiri dari hamba abdi dan orang-orang miskin dengan bermacam cara yang mana sesetengah dari orang-orang mukmin yang diseksa itu terkorban dan mati syahid atau sempat diselamatkan oleh Abu Bakar Asy-Syiddiq dengan wang ringgitnya dan setengahnya yang tidak dapat menahan siksaan lalu mengucap perkataan-perkataan kufur supaya terlepas dari penyeksaan ngeri sedangkan hati mereka tetap dalam keimanan.
Setakat ini tindakan-tindakan keras hanya ditujukan kepada pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w. Adapun kejayaan yang dicapai oleh baginda Rasulullah s.a.w dan seruannya, maka orang-orang musyrikin berasa khuatir dan bimbang selagi Rasulullah s.a.w terbiar selama itulah seruan Islam akan terus berkembang. Lalu mereka pun menghantar rombongan demi rombongan untuk berunding dengan Abu Talib supaya memberhentikan enak saudaranya dari menyeru kepada agama yang mereka tidak ingini itu.
Dengan desakan dan ugutan mereka itulah Abu Talib terpaksa menghadapi Rasulullah s.a.w dengan berkata " Hai anak saudaraku !. Kaummu telah mendatangi aku, mengugut hendak berperang melawan keluarga kita ataupun engkau berhenti dari seruan Islam ",. Rasulullah menjawab " Wahai bapa saudaraku, sekiranya mereke meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku tinggalkan seruan ini, nescaya tidak aku tinggalkan melainkan sesudah seruan ini berjaya atau aku sendiri yang binasa ".
Kemudian Rasulullah s.a.w beredar dari tempat bapa saudaranya dengan linangan air mata tetapi Abu Talib segera memanggilnya semula dan berkata " Sebenarnya aku tidak akan menyerahmu kepada mereka, buatlah ikut kehendak hatimu".
Dari jawapan Rasulullah s.a.w kepada Abu Talib dan kata-kata terakhir dari bapa saudaranya itu ternyata tetapnya pendirian Rasulullah s.a.w dalam tindakannya hendak mengembangkan seruan Islam dan bagaimana beraninya baginda menghadapai sebarang ancaman musuh-musuh ke atas dirinya.

No comments:
Post a Comment